PERATURAN-PERATURAN
SEKOLAH
a) Waktu
Persekolahan
Isnin - Rabu
|
:
|
7.20
pagi hingga 1.00 tengahari
|
Khamis - Jumaat
|
:
|
7.20
pagi hingga 12.00 tengahari (Tahap 1)
|
|
:
|
7.20
pagi hingga 1.00 tengahari (Tahap 2-SJK)
|
Jumaat
|
:
|
7.20
pagi hingga 12.00 tengahari (Tahap 2-SK)
|
Pelajar dikehendaki berada di sekolah
10 minit lebih awal dari masa yang tercatat di atas. Pelajar yang lewat akan
dicatat namanya, dihantar ke bilik Guru Besar atau didenda mengutip sampah di
kawasan sekolah.
Pelajar yang tidak hadir dikehendaki
menghantar sijil sakit / surat penjelasan ibubapa/penjaga.
b) Menghormati
Warga Sekolah
Pelajar
harus sentiasa menghormati warga sekolah da peraturan sekolah
c) Skim
Pinjaman Buku Teks
Semua
murid layak mendapat pinjaman SPBT, maka semua buku teks hendaklah dijaga
dengan baik, dibalut dengan pembalut plastic dan jika hilang atau koyak
hendaklah diganti.
d) Pakaian
Seragam Sekolah
Pakaian seragam
sekolah mesti mengikut spesifikasi KPM dan dipakai oleh semua pada waktu
sekolah dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Berikut adalah
peraturan yang mesti dipatuhi:
i.
Tag
nama murid diwajibkan,
ii.
Kasut
kanvas putih sahaja,
iii.
Stokin
putih pada paras bukulali
iv.
Tali
pinggang jangan diabaikan bagi murid lelaki yang memakai seluar pendek atau
panjang dan bagi murid perempuan yang memakai pinafore.
e) Potongan
Rambut
Potongan
rambut lelaki dan perempuan adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976.
Penggunaan
riben/klip/hair band yang berwarna gelap seperti hitam atau biru tua sahaja
dibenarkan.
f) Ponteng
Sekolah / Kelas
Ibu bapa
/ penjaga murid-murid dikehendaki memberitahu pihak sekolah melalui surat atau
surat pengesahan doctor sekiranya anak tuan / puan tidak dapat hadir ke sekolah
pada hari-hari persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan ponteng sekolah / kelas
tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sekiranya pelajar ponteng berterusan
melebihi 7 hari tanpa sebab, pihak sekolah akan menghubungi ibubapa / penjaga
dengan member surat amaran ketidakhadiran.
g) Barang
Larangan
Jangan benarkan
atau awasi anak tuan puan daripada membawa barang-barang berikut tanpa arahan
guru:-
i.
Telefon
bimbit
ii.
Rokok,
pemetik api, pita audio-video, cakera padat,
iii.
Barang
mainan seperti gameboy, pistol, anak patung, kad mainan dan lain-lain
iv. Benda-benda
tajam dan bercahaya seperti pisau, besi, jarum besar, pin dan sebagainya.
v.
Buku
komik / majalah (berunsur ganas dan lucah)
vi.
Barang-barang
berharga seperti barang kemas
h) Larangan
Masuk Dalam Kelas
Ibubapa/penjaga
tidak digalakkan berjumpa pelajar semasa pdp dijalankan tanpa kebenaran. Murid dari
kelas lain juga dilarang masuk tanpa kebenaran.
i) Larangan
Kemasukan Kenderaan
Semua jenis
kenderaan dilarang masuk ke kawasan sekolah tidak mengira masa dan cuaca.