Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday 1 October 2013

PENCAPAIAN UPSR

Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bagi tahun 2002 hingga 2012
Aliran Bahasa Melayu

Aliran Bahasa Cina


CARTA ORGANISASI


PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

a)    Waktu Persekolahan


Isnin - Rabu 
:
7.20 pagi   hingga 1.00 tengahari
Khamis - Jumaat 
:
7.20 pagi   hingga 12.00 tengahari (Tahap 1)

:
7.20 pagi   hingga 1.00 tengahari (Tahap 2-SJK)
Jumaat 
:
7.20 pagi   hingga 12.00 tengahari (Tahap 2-SK)
 
Pelajar dikehendaki berada di sekolah 10 minit lebih awal dari masa yang tercatat di atas. Pelajar yang lewat akan dicatat namanya, dihantar ke bilik Guru Besar atau didenda mengutip sampah di kawasan sekolah.

Pelajar yang tidak hadir dikehendaki menghantar sijil sakit / surat penjelasan ibubapa/penjaga.


b)   Menghormati Warga Sekolah
Pelajar harus sentiasa menghormati warga sekolah da peraturan sekolah

c)    Skim Pinjaman Buku Teks
Semua murid layak mendapat pinjaman SPBT, maka semua buku teks hendaklah dijaga dengan baik, dibalut dengan pembalut plastic dan jika hilang atau koyak hendaklah diganti.

d)   Pakaian Seragam Sekolah
Pakaian seragam sekolah mesti mengikut spesifikasi KPM dan dipakai oleh semua pada waktu sekolah dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Berikut adalah peraturan yang mesti dipatuhi:
i.              Tag nama murid diwajibkan,
ii.            Kasut kanvas putih sahaja,
iii.           Stokin putih pada paras bukulali
iv.           Tali pinggang jangan diabaikan bagi murid lelaki yang memakai seluar pendek atau panjang dan bagi murid perempuan yang memakai pinafore.

e)    Potongan Rambut
Potongan rambut lelaki dan perempuan adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976.
Penggunaan riben/klip/hair band yang berwarna gelap seperti hitam atau biru tua sahaja dibenarkan.

f)     Ponteng Sekolah / Kelas
Ibu bapa / penjaga murid-murid dikehendaki memberitahu pihak sekolah melalui surat atau surat pengesahan doctor sekiranya anak tuan / puan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan ponteng sekolah / kelas tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sekiranya pelajar ponteng berterusan melebihi 7 hari tanpa sebab, pihak sekolah akan menghubungi ibubapa / penjaga dengan member surat amaran ketidakhadiran.

g)   Barang Larangan
Jangan benarkan atau awasi anak tuan puan daripada membawa barang-barang berikut tanpa arahan guru:-
i.              Telefon bimbit
ii.            Rokok, pemetik api, pita audio-video, cakera padat,
iii.           Barang mainan seperti gameboy, pistol, anak patung, kad mainan dan lain-lain
iv.    Benda-benda tajam dan bercahaya seperti pisau, besi, jarum besar, pin dan sebagainya.
v.            Buku komik / majalah (berunsur ganas dan lucah)
vi.           Barang-barang berharga seperti barang kemas

h)   Larangan Masuk Dalam Kelas
Ibubapa/penjaga tidak digalakkan berjumpa pelajar semasa pdp dijalankan tanpa kebenaran. Murid dari kelas lain juga dilarang masuk tanpa kebenaran.

i)     Larangan Kemasukan Kenderaan
Semua jenis kenderaan dilarang masuk ke kawasan sekolah tidak mengira masa dan cuaca.

PAKAIAN SERAGAM MURID


TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH


Tujuannya adalah untuk mengemaskinikan lagi semua arahan yang berhubung dengan pakaian seragam murid-murid sekolah. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti berikut:

Pakaian Murid-murid Lelaki

Seluar
Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy blue). Seluar panjang yang sarna warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka. 
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.

Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek.



Pakaian Murid-murid Perempuan

Pakaian murid-murid perempuan adalah 'pinafore tunic' berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa / penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.



Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid­-murid yang memakainya.
Panduan bentuk pakaian seragam (Pinafore)
bagi murid perempuan sekolah rendah


Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan
Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan.

Pakaian dalam Pasukan Beruniform
Murid-murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan pasukan yang beruniform di sekolah-sekolah seperti pasukan 'Brownies', Anak Serigala, Pandu Puteri, Pengakap, Ranger, Bulan Sabit Merah dan sebagainya adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka.
 
Kasut
Kasut bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah kasut 'canvas' berwarna putih. Sekiranya memakai setokin, setokin hendaklah berwarna putih.

Pakaian-pakaian Seragam Khas (Identiti Khas)
Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid-murid di sesebuah sekolah, seperti lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang telah menjadi tradisi sesebuah sekolah, bolehlah diteruskan. Sekolah-sekolah yang ingin mengadakan pakaian seragam khas bagi golongan murid- murid yang tertentu dalam masa persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing. 


PANDUAN POTONGAN RAMBUT MURID


PANDUAN POTONGAN RAMBUT MURID

Cara-cara menyimpan rambut seperti berikut mestilah dipatuhi:­

Rambut Murid-murid Lelaki
Tiap-tiap murid lelaki mesti jangan berambut panjang. lstilah rambut panjang adalah seperti berikut:­
(a) Di belakang : Rambt jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
(b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan "sideburn” melebihi garisan tengah hidung.
(d) Di atas : Rambut lebih daripada 6" panjang.

Untuk penerangan yang lebih lanjut lagi, dilampirkan gambarajah dengan gaya menyimpan rambut untuk murid-murid lelaki seperti berikut:



Murid-murid lelaki, Guru-Guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai serban tetapi yang tidak berserban, peraturan adalah seperti yang dikuatkuasakan.

Misai dan Janggut
Murid-murid lelaki sekolah tidak dibenarkan memakai misai atau janggut atau kedua-duanya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid-murid lelaki yang beransur baligh dan mereka ini tidaklah patut dipaksa bercukur.

Rambut Murid-murid Perempuan 
Bagi murid-murid perempuan rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu tetapi jika ada murid-murid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka boleh dinasihatkan mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu. lkatan rambut sebagai tocang (plait) alau "ponytail" boleh dibenarkan.


Saturday 28 September 2013

VISI, MISI & SLOGAN KO-KURIKULUM


VISI KO-KURIKULUM
Melahirkan Murid Sk. Song Kheng Hai yang berprestasi tinggi dan Berdaya Maju dalam aktiviti Ko-Kurikulum


MISI KO-KURIKULUM
Melahirkan Murid Sk. Song Kheng Hai yang berprestasi tinggi dan Berdaya Maju dalam Ko-Kurikulum, bagi persediaan untuk menuju Wawasan 2020.

SLOGAN KO-KURIKULUM
Kecemerlangan Ko-Kurikulum melahirkan insane kompetitif Sk. Song Kheng Hai.