Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday 17 September 2013

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Song Kheng Hai ditubuhkan pada tahun 1966. Pada mulanya ia dinamakan Song Kheng Hai Recreation Ground Council School. Nama Song Kheng Hai di ambil daripada nama bapa Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching pada masa itu, iaitu Encik Song Thian Cheok, yang juga merupakan pengasas sekolah ini. Kawasan sekolah ini adalah seluas lebih kurang satu ekar. Hakmilik sekolah ini pada masa itu ialah Kuching Municipal Council.

Sekolah ini dimulakan dengan kelas-kelas aliran Bahasa Inggeris sahaja. Pada tahun 1973, seperti sekolah-sekolah lain yang ditubuhkan oleh Kuching Municipal Council, hakmilik sekolah ini diambil alih oleh kerajaan, dan namanya ditukarkan kepada Song Kheng Hai Government Primary School. Pada awal tahun 1968, mungkin disebabkan murid-murid yang mendaftar untuk belajar di sekolah aliran Bahasa Cina di kawasan Padungan terlalu ramai, maka SK Song Kheng Hai juga membuka kelas aliran Bahasa Cina. Semenjak itulah bermulanya dua aliran iaitu kelas Aliran Bahasa Inggeris dan kelas Aliran Bahasa Cina.

Pada tahun 1982, bilangan murid yang mendaftar untuk tahun satu dalam aliran bahasa Malaysia merosot kerana murid-murid daripada seberang sungai Sarawak tidak lagi datang mendaftar untuk belajar di sekolah ini, kerana sekolah-sekolah berhampiran mereka dapat menyediakan kelengkapan dan kelas yang mencukupi. Untuk tahun satu aliran Bahasa Malaysia hanya satu kelas sahaja diadakan.

Semenjak tahun 1968, sekolah ini telah menjadi sebuah sekolah yang unik kerana mempunyai dua aliran dibawah satu pentadbiran. System dua aliran itu diteruskan sehingga kini. Pada tahun ini, sekolah ini mempunyai 6 kelas aliran Bahasa Malaysia dan 12 kelas aliran Bahasa Cina. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan India. Jumlah murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah seramai 516 orang. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti Melayu, Cina dan Iban.