Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday 1 October 2013

PAKAIAN SERAGAM MURID


TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH


Tujuannya adalah untuk mengemaskinikan lagi semua arahan yang berhubung dengan pakaian seragam murid-murid sekolah. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti berikut:

Pakaian Murid-murid Lelaki

Seluar
Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy blue). Seluar panjang yang sarna warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka. 
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.

Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek.



Pakaian Murid-murid Perempuan

Pakaian murid-murid perempuan adalah 'pinafore tunic' berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa / penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.



Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid­-murid yang memakainya.
Panduan bentuk pakaian seragam (Pinafore)
bagi murid perempuan sekolah rendah


Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan
Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan, terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan.

Pakaian dalam Pasukan Beruniform
Murid-murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan pasukan yang beruniform di sekolah-sekolah seperti pasukan 'Brownies', Anak Serigala, Pandu Puteri, Pengakap, Ranger, Bulan Sabit Merah dan sebagainya adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka.
 
Kasut
Kasut bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah kasut 'canvas' berwarna putih. Sekiranya memakai setokin, setokin hendaklah berwarna putih.

Pakaian-pakaian Seragam Khas (Identiti Khas)
Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid-murid di sesebuah sekolah, seperti lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang telah menjadi tradisi sesebuah sekolah, bolehlah diteruskan. Sekolah-sekolah yang ingin mengadakan pakaian seragam khas bagi golongan murid- murid yang tertentu dalam masa persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.