Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tuesday, 1 October 2013

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

a)    Waktu Persekolahan


Isnin - Rabu 
:
7.20 pagi   hingga 1.00 tengahari
Khamis - Jumaat 
:
7.20 pagi   hingga 12.00 tengahari (Tahap 1)

:
7.20 pagi   hingga 1.00 tengahari (Tahap 2-SJK)
Jumaat 
:
7.20 pagi   hingga 12.00 tengahari (Tahap 2-SK)
 
Pelajar dikehendaki berada di sekolah 10 minit lebih awal dari masa yang tercatat di atas. Pelajar yang lewat akan dicatat namanya, dihantar ke bilik Guru Besar atau didenda mengutip sampah di kawasan sekolah.

Pelajar yang tidak hadir dikehendaki menghantar sijil sakit / surat penjelasan ibubapa/penjaga.


b)   Menghormati Warga Sekolah
Pelajar harus sentiasa menghormati warga sekolah da peraturan sekolah

c)    Skim Pinjaman Buku Teks
Semua murid layak mendapat pinjaman SPBT, maka semua buku teks hendaklah dijaga dengan baik, dibalut dengan pembalut plastic dan jika hilang atau koyak hendaklah diganti.

d)   Pakaian Seragam Sekolah
Pakaian seragam sekolah mesti mengikut spesifikasi KPM dan dipakai oleh semua pada waktu sekolah dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Berikut adalah peraturan yang mesti dipatuhi:
i.              Tag nama murid diwajibkan,
ii.            Kasut kanvas putih sahaja,
iii.           Stokin putih pada paras bukulali
iv.           Tali pinggang jangan diabaikan bagi murid lelaki yang memakai seluar pendek atau panjang dan bagi murid perempuan yang memakai pinafore.

e)    Potongan Rambut
Potongan rambut lelaki dan perempuan adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976.
Penggunaan riben/klip/hair band yang berwarna gelap seperti hitam atau biru tua sahaja dibenarkan.

f)     Ponteng Sekolah / Kelas
Ibu bapa / penjaga murid-murid dikehendaki memberitahu pihak sekolah melalui surat atau surat pengesahan doctor sekiranya anak tuan / puan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan ponteng sekolah / kelas tanpa sebarang sebab yang munasabah. Sekiranya pelajar ponteng berterusan melebihi 7 hari tanpa sebab, pihak sekolah akan menghubungi ibubapa / penjaga dengan member surat amaran ketidakhadiran.

g)   Barang Larangan
Jangan benarkan atau awasi anak tuan puan daripada membawa barang-barang berikut tanpa arahan guru:-
i.              Telefon bimbit
ii.            Rokok, pemetik api, pita audio-video, cakera padat,
iii.           Barang mainan seperti gameboy, pistol, anak patung, kad mainan dan lain-lain
iv.    Benda-benda tajam dan bercahaya seperti pisau, besi, jarum besar, pin dan sebagainya.
v.            Buku komik / majalah (berunsur ganas dan lucah)
vi.           Barang-barang berharga seperti barang kemas

h)   Larangan Masuk Dalam Kelas
Ibubapa/penjaga tidak digalakkan berjumpa pelajar semasa pdp dijalankan tanpa kebenaran. Murid dari kelas lain juga dilarang masuk tanpa kebenaran.

i)     Larangan Kemasukan Kenderaan
Semua jenis kenderaan dilarang masuk ke kawasan sekolah tidak mengira masa dan cuaca.