Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 28 September 2013

VISI, MISI & SLOGAN KO-KURIKULUM


VISI KO-KURIKULUM
Melahirkan Murid Sk. Song Kheng Hai yang berprestasi tinggi dan Berdaya Maju dalam aktiviti Ko-Kurikulum


MISI KO-KURIKULUM
Melahirkan Murid Sk. Song Kheng Hai yang berprestasi tinggi dan Berdaya Maju dalam Ko-Kurikulum, bagi persediaan untuk menuju Wawasan 2020.

SLOGAN KO-KURIKULUM
Kecemerlangan Ko-Kurikulum melahirkan insane kompetitif Sk. Song Kheng Hai.

Wednesday, 18 September 2013

IKRAR MURID DAN PIAGAM GURU


IKRAR MURID-MURID

Bahawa kami, Murid SK Song Kheng Hai,
Berjanji akan mematuhi peraturan sekolah,
Sentiasa menjaga nama baik sekolah,
Menjadi insan yang berguna
Kepada Negara, Bangsa dan Agama
Berikrar akan
Menghayati nilai-nilai moral
Mengamalkan perilaku yang murni
Bagi mencapai prestasi cemerlang
Dalam akademik dan ko-kurikulum



PIAGAM GURU

  1. Mengajar dengan cara yang menarik, berkesan dan jujur.
  2. Menyediakan cukup latihan untuk membantu pelajar menguasai pelajarannya.
  3. Memeriksa kerja rumah dan buku nota pelajar sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  4. Memupuk suasana mesra den bersifat penyayang di dalam dan luar kelas.
  5. Menyediakan ujian dan peperiksaan untuk membantu dalam perkembangan intelek pelajar serta menyediakan mereka untuk peperiksaan awam.
  6. Memeriksa kertas ujian dan peperiksaan dengan betul dan saksama.
  7. Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan penuh integriti.
  8. Menyerahkan kembali kepada pelajar kertas jawapan dalam tempoh satu minggu selepas kertas ujian / peperiksaan sekolah
  9. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan bakat pelajar dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.
  10. Membina masyarakat sekolah yang berdisiplin, berbudaya penyayang dan berbudaya ilmu.
  11. Menjadi teladan yang baik untuk pelajar.


VISI, MISI, MOTTO


VISI

Berazam dan berusaha untuk menjadikan SK Song Kheng Hai sebagai sebuah institusi sekolah yang cemerlang dan dinamik ke arah melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang seimbang dari segi ilmiah, rohani, jasmani dan emosi agar dapat memenuhi tuntutan tenaga manusia kea rah menghadapi cabaran alaf baru dalam merealisasikan Wawasan 2020.


MISI

Memberi dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti demi menjayan dan mewujudkan pendidikan unggul dan saksama kearah melahirkan insan yang berilmu, berbudi pekerti mulia, berhemah tinggi dan berwawasan bagi memenuhi keseimbangan diri, masyarakat dan Negara.


MOTTO

~ Berilmu Berakhlak ~



 

LOKASI



 





Tuesday, 17 September 2013

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Song Kheng Hai ditubuhkan pada tahun 1966. Pada mulanya ia dinamakan Song Kheng Hai Recreation Ground Council School. Nama Song Kheng Hai di ambil daripada nama bapa Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching pada masa itu, iaitu Encik Song Thian Cheok, yang juga merupakan pengasas sekolah ini. Kawasan sekolah ini adalah seluas lebih kurang satu ekar. Hakmilik sekolah ini pada masa itu ialah Kuching Municipal Council.

Sekolah ini dimulakan dengan kelas-kelas aliran Bahasa Inggeris sahaja. Pada tahun 1973, seperti sekolah-sekolah lain yang ditubuhkan oleh Kuching Municipal Council, hakmilik sekolah ini diambil alih oleh kerajaan, dan namanya ditukarkan kepada Song Kheng Hai Government Primary School. Pada awal tahun 1968, mungkin disebabkan murid-murid yang mendaftar untuk belajar di sekolah aliran Bahasa Cina di kawasan Padungan terlalu ramai, maka SK Song Kheng Hai juga membuka kelas aliran Bahasa Cina. Semenjak itulah bermulanya dua aliran iaitu kelas Aliran Bahasa Inggeris dan kelas Aliran Bahasa Cina.

Pada tahun 1982, bilangan murid yang mendaftar untuk tahun satu dalam aliran bahasa Malaysia merosot kerana murid-murid daripada seberang sungai Sarawak tidak lagi datang mendaftar untuk belajar di sekolah ini, kerana sekolah-sekolah berhampiran mereka dapat menyediakan kelengkapan dan kelas yang mencukupi. Untuk tahun satu aliran Bahasa Malaysia hanya satu kelas sahaja diadakan.

Semenjak tahun 1968, sekolah ini telah menjadi sebuah sekolah yang unik kerana mempunyai dua aliran dibawah satu pentadbiran. System dua aliran itu diteruskan sehingga kini. Pada tahun ini, sekolah ini mempunyai 6 kelas aliran Bahasa Malaysia dan 12 kelas aliran Bahasa Cina. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan India. Jumlah murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah seramai 516 orang. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti Melayu, Cina dan Iban.